Tuesday, 20 November 2012


BAB 4: PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN NILAI-NILAI MORAL

ETIKA
Ø  Berasal daripada perkataan Greek iaitu “ethos” yang bermaksud characteres iaitu turut melibatkan character atau perangai.
Ø  Merupakan satu set peraturan yang dikenali falsafah moral yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupan.
Ø  Etika merupakan satu sistem kepercayaan yang didasarkan kepada moral dan ia diterima untuk mengawal tingkah laku manusia.
Ø  Etika juga merupakan kajian tentang apa yang betul dan apa yang salah daripada sudut moral.
Ø  Digunakan bagi memberikan panduan sama ada sesuatu tingkah laku itu baik ataupun buruk, menyenangkan atau tidak menyenangkan.

PEMBAHAGIAN ETIKA

1)      Etika Meta (meta ethics)
Ø  Bermaksud di sebalik apa yang dilihat dengan mata kasar iaitu melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan, keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal.
Ø  Etika agama atau etika deskriptif juga terkandung dalam etika meta. Ia membincangkan tentang sistem moral golongan manusia yang menganuti pelbagai agama dan fahaman.

2)      Etika Normatif (normative ethics)
Ø  Membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang sedia ada dan mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua.
Ø  Ia diasaskan kepada rasional dan penaakulan moral.
Ø  Teori utama yang banyak digunakan dalam etika normatif adalah:-
·         Teori Deontologikal (cara menghalalkan matlamat). Contohnya menolong dalam perbuatan apapun adalah baik termasuk menolong orang mencuri.
·         Teori Teleologikal (matlamat menghalalkan cara). Contohnya mencuri harta seseorang untuk diagihkan kepada orang miskin dikira perbuatan yang baik.

3)      Etika Gunaan (applied ethics)
Ø  Membincangkan tentang isu-isu khusus dalam kehidupan seharian seperti perniagaan, perguruan, perubatan, alam sekitar dan lain-lain lagi.
Ø  Ia berusaha menggubal etika yang dapat memberikan panduan dan mengawal bidang-bidang tersebut untuk kegunaan masyarakat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi dengan menggunakan teori dan konsep termasuklah etika meta dan etika normatif.

ALIRAN-ALIRAN ETIKA

1)      Utilitarianisme
Ø  Berasal dari perkataan utility yang membawa maksud “guna”, “berguna” atau “kegunaan”.
Ø  Berpegang kepada segala keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperolehi daripada pelaksanaannya.
Ø  Matlamatnya adalah untuk memberikan kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang.


2)      Hedonisme
Ø  Berasal dari perkataan Greek iaitu hedone yang bermaksud menentukan matlamat kehidupan adalah untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum.
Ø  Berpegang kepada fahaman yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup.
Ø  Ukuran baik ataupun buruk ditentukan oleh kenikmatan dan kelazatan.

3)      Eksistensialisme
Ø  Menegaskan bahawa moral hendaklah berpaksikan kepada kebebasan iaitu individu berhak menentukan kebebasannya.
Ø  Melemahkan peraturan tradisional masyarakat sebagai panduan masyarakat tersebut.
Ø  Terdapat tiga (3) jenis kebebasan bagi golongan ini iaitu kebebasan jasmani, kehendak dan moral.

AKHLAK ISLAM

Definisi Akhlak
Ø  Akhlak yang terpuji pada pandangan tokoh Tasawuf merujuk kepada perangai yang menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapan.
Ø  Ia meliputi beberapa aspek termasuklah hubungan akhlak dengan ilmu tasawuf, pendidikan akhlak atau tahdhib al-akhlaq.

Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf
Ø  Tasawuf diertikan sebagai akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap individu muslim yang sejati, ia bukan sahaja terdiri daripada resam dan ilmu tetapi ia adalah akhlak.
Ø  Akhlak adalah bersumberkan daripada syarak dan semua aspek Ilmu Tasawuf merupakan akhlak terpuji.
Ø  Pendidikan akhlak juga dikenali sebagai tahdhib al-akhlaq iaitu menghapuskan akhlak buruk yang terdapat dalam diri seseorang.

Cara Membentuk Akhlak Mulia
Ø  Akhlak mulia boleh dibentuk melalui latihan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu dan putus asa.
Ø  Ia perlu dipupuk dan dibendung dengan rapi agar dapat tumbuh subur dalam jiwa setiap orang.

Faedah Akhlak
Ø  Sangat besar disisi Allah S.W.T.
Ø  Orang yang berakhlak mulia dalam setiap masa dan tempat akan dekat dengan Allah S.W.T.

Imam Al-Ghazali menkategorikan manusia kepada 4 golongan:
Ø  Manusia yang bodoh.
Ø  Manusia yang mengetahui sesuatu perkara yang buruk tetapi tidak membiasakan diri melakukan perkara-perkara kebaikan.
Ø  Manusia yang mempunyai keyakinan bahawa yang buruk itu baik.
Ø  Manusia yang telah berkeyakinan mengerjakan sesuatu kejahatan dan melihat kelebihan serta menjadi kebanggaan melakukan kejahatan tersebut.


Gaya Pembentukkan Akhlak Oleh Imam Al-Ghazali 
Ø  Beliau menjelaskan beberapa kaedah membentuk akhlak mulia iaitu bergaul dengan guru yang dapat melihat dan menilai kekurangan yang ada pada diri.
Ø  Mencari teman yang dapat menegur perbuatan yang buruk.
Ø  Mendengar apa yang dikatakan oleh pihak musuh mengenai diri sendiri.
Ø  Menggauli manusia dengan mengawasi sifat-sifat yang tercela dan mengambil pelajaran untuk memperbaiki diri sendiri.